Print

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Kuala Lumpur – Satu sidang media Kejohanan Ragbi SMSS-POWERBAR Kali Ke-20 telah diadakan di Bilik Tamu SMSS sebentar tadi dan dihadiri beberapa media cetak tanahair seperti Utusan Malaysia, Berita harian, STAR dan Astro Awani. 

Pada tahun ini jumlah penyertaan telah meningkat terutamanya bagi kategori bawah 12 dan ragbi sentuh perempuan yang akan dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad nanti. 

Kejohanan yang akan berlangsung selama 2 hari di padang Wembley SMSS mendapat penajaan daripada POWERBAR, Nestle  dan SMSS Rugby Support Group. Sementara itu kejohanan ini akan dipromosikan dalam Malaysia Hari Ini (TV3) pada pagi hari Khamis nanti. Seramai 30 orang pelajar SMSS akan ke Seri Pentas TV3 untuk berlintas langsung dari TV3. 

Berikut disenaraikan pasukan-pasukan yang akan bertanding dalam kejohanan ini : 

Bawah 15 tahun : SMSS, SSAS, BRC, VI, SESMA, STAR, SDAR, INTERGOMB, MCKK, INTEKUANTAN, KOSAS DAN KGV.

Bawah 17 tahun : SMSS, SSAS, BRC, INTERGOMB, SEMSAS, ASIS, SM SULTANAH KALTHOM, INTERSABER, MCKK. SM(T)K KL, VI dan SBPI JEMPOL.

Kategori ALUMNI : SMSSOB, KOBOYS, SAJOHA, INTERGOMB, KYSER, SEMESTI. STAROBA, SDAR LIONS. 

Bawah 12 Tahun :  SK TAMAN MIDAH (1), SK TAMAN MIDAH (2), SK BUKIT BANDARAYA, BRC, ISKL, SK JALAN GURNEY, SK GOMBAK SETIA DAN SK SUNGAI PUSU. 

Bawah 17 Tahun Perempuan : SMSS (A), SMSS (B), MRSM FELDA, SMK SUNGAI KERTAS, SMK SUNGAI BULUH DAN SBPI GOMBAK. 

Semua peminat-peminat ragbi dijemput hadir.