Print

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

CYBERJAYA, 2 Jun 2012 : Pasukan Bola Keranjang SSP Cyberjaya yang dibarisi oleh Che Nur Azni Nazira Che Md Razi, Rosfarahanun Ali, Nur Amirah Abdull Kadir, Nor Azra Nadzua’ Mohd Samsudin, Nur Amirah Amer Hamzah, Maznah Lazim, Nur Syamsina Sa’adon, Nor Najihah Ibrahim, Nurul Amelia Rosley, Nur Aliaa Hamzah, Nur Aainaa Diyana Abdul Rahman dan Norazwa Mohd Asri telah berjaya membuktikan kehebatan dan kemantapan pasukan bola keranjang masih berterusan setelah kecundang pada tahun 2011 dengan muncul sebagai JUARA Bola Keranjang HKSBP Kebangsaan yang berlangsung di Gelanggang Bercham, Ipoh bemula 26-29 Mei 2012. 

Pada pusingan awal, SSP menewaskan STF (42-38), dan SMS Bagan Datoh (75-17) untuk melayakkan diri ke pusingan kedua. Tentangan sengit yang ditampilkan oleh musuh tradisi, STF pada pusingan ini dalam pertandingan yang penuh dramatik, sehinggalah 10 saat yang terakhir sesungguhnya memberikan kekuatan dan semangat tambahan kepada SSP untuk meneruskan misi menebus kekalahan 2011. Pada pusingan kedua, pasukan SSP tidak menghadapi masalah menjinakkan SMS Hulu Selangor (63-28) dan SMS Kuching (46-39). Pada peringkat separuh akhir, SSP diberikan tentangan yang amat sengit oleh SEMSAS sehingga berkesudahan 36-35. Perbezaan satu mata adalah satu pembakar semangat kepada SSP untuk menjinakkan lawan pada peringkat akhir yang berlangsung di Stadium Indera Mulia, Ipoh. Kesudahannya, SSP berjaya menewaskan SMAP Labu dengan mata 60-29. 

Syabas dan tahniah kepada Puan Siti Musyati Abd Mutalib, Guru Pengiring dan juga En Kang Kim Loon, Jurulatih pasukan SSP yang telah berjaya mengembalikan trofi kejuaraan ke bumi Cyberjaya. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada para penyokong pasukan SSP yang setia menyokong dan mendokong pasukan SSP bermula hari pertama hinggalah hari terkahir. Ucapan terima kasih juga kepada Tuan Syed Zain Al Sagoff (NYDP PIBG dan Puan Hajah Asmah Ahmad) yang tampil memberikan sokongan kepada pasukan SSP semasa pertandingan akhir.