User Rating: 3 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar InactiveStar Inactive
 

 

Perhatian kepada calon-calon yang bakal menduduki Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) di SEMSAS anda diminta untuk memberi perhatian kepada perkara berikut :

  1. Bawa kad pengenalan dan Slip Menduduki UKSBP yang dicetak daripada laman sesawang KPM untuk ditunjukkan di kaunter pendaftaran. *PERINGATAN : No. K/P ialah nombor 'log in' sistem.
  2. Bawa sijil-sijil serta surat sokongan berkaitan jika dipilih sebagai calon Temuduga Kuota Pengetua.
  3. Diwajibkan berpakaian kemas (baju sekolah) dan berkasut.
  4. Pastikan tarikh dan sesi yang dipaparkan pada slip supaya tidak berlaku kekeliruan. Sila hadir ke kaunter pendaftaran (Dewan Terbuka) sekurang- kurangnya 45 minit lebih awal sebelum sesi bermula.
  5. Dapatkan Kad Kedudukan semasa ujian di kaunter pendaftaran dan pulangkan kepada pengawas di Makmal Komputer (Bilik Ujian) apabila masuk ke bilik tersebut.
  6. Pergi ke Makmal Komputer (Bilik Ujian) apabila menerima arahan daripada pengawas. Ibu bapa diminta tidak mengiringi anak-anak kerana tempat menunggu adalah terhad.
  7. Sebarang alat telekomunikasi dan sebarang nota TIDAK BOLEH DIBAWA apabila berada di Bilik Ujian.
  8. Dengar arahan dengan jelas daripada pengawas bertugas di Makmal Komputer ( Bilik Ujian).
  9. Angkat tangan untuk bertanya jika menghadapi masalah teknikal dan sebagainya.
  10. Minta kertas dan pen daripada pengawas di Makmal Komputer (Bilik Ujian) jika memerlukan.
  11. Gunakan masa 90 minit dengan sebaik-baiknya untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.
  12. Biasakan diri dengan 'touchpad laptop' kerana calon yang mendapat laptop tidak dibekalkan dengan tetikus (mouse).
  13. Seorang calon hanya layak 'log in' sekali sahaja ke dalam sistem. JANGAN sesekali menekan butang Log Keluar selagi belum tamat menjawab.
  14. Tekan Log Keluar apabila selesai menjawab dan keluar dengan tenang


PERINGATAN UNTUK CALON TEMUDUGA KUOTA PENGETUA :

  • Tarikh : 12.12.2017
  • Masa : 8.30 am – 4.00 pm
  • Tempat : Dewan Al-Khawarizmi

 

Go to top