User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Perhatian kepada calon-calon yang bakal menduduki Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) di SEMSAS. Anda diminta untuk memberi perhatian kepada perkara berikut :

1) Bawa kad pengenalan dan Slip Menduduki UKSBP yang dicetak daripada laman sesawang KPM untuk ditunjukkan di kaunter pendaftaran. 

*PERINGATAN : No. K/P ialah nombor 'log in' sistem.

2) Calon diwajibkan berpakaian kemas (uniform sekolah) dan berkasut.

3) Sila semak tarikh dan sesi yang dipaparkan pada slip supaya tidak berlakunya kekeliruan. Sila hadir ke kaunter pendaftaran (Dewan Terbuka) sekurang- kurangnya 45 minit lebih awal sebelum sesi ujian bermula.

4) Dapatkan Kad Kedudukan (angka giliran) calon semasa menduduki ujian di kaunter pendaftaran dan  serahkan semula kepada pengawas di Makmal Komputer atau Bilik Komputer (Bilik Ujian) apabila masuk ke bilik tersebut.

5) Pergi ke Makmal Komputer (Bilik Ujian) apabila menerima arahan daripada pengawas. Ibu bapa tidak dibenarkan mengiringi calon (anak-anak) kerana tempat menunggu adalah terhad.

6) Sebarang alat telekomunikasi dan sebarang nota TIDAK BOLEH DIBAWA ke Bilik Ujian.

7) Dengar arahan dengan jelas daripada pengawas bertugas di Makmal Komputer ( Bilik Ujian).

8) Angkat tangan untuk bertanya jika menghadapi masalah teknikal dan sebagainya.

9) Sila minta kertas dan pen daripada pengawas  di Makmal Komputer (Bilik Ujian) jika diperlukan.

10) Gunakan masa  60 minit dengan sebaik-baiknya untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.

11) Biasakan diri dengan 'touchpad laptop' kerana calon yang mendapat laptop tidak dibekalkan dengan tetikus (mouse).

12) Seorang calon hanya layak 'log in' sekali sahaja ke dalam sistem.  JANGAN sesekali menekan butang  Log Keluar selagi belum tamat sesi menjawab.

13) Tekan Log Keluar apabila selesai menjawab dan keluar dengan tenang.

Go to top