Print

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Pada 16 Mac 2019, Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS) telah menganjurkan Kejohanan Sukan Tahunan (KOSAS) bagi tahun 2019 bertempat di padang sekolah. KOSAS pada tahun ini bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Kejohanan sukan ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Raauf bin Haji Jali, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusian JPN Pahang. Acara tahunan ini bermula dengan perbarisan rumah-rumah sukan, diikuti dengan bacaan doa, upacara menaikkan bendera kejohanan dan ucapan perasmian.

Setelah tamat perasmian, acara sukan dimulakan dengan larian 100 meter dan berakhir dengan acara tarik tali. Secara keseluruhannya, Rumah Cosmos telah telah mendahului rumah-rumah sukan yang lain dan muncul sebagai johan. Naib johan pula dimenangi oleh Rumah Apollo, ketiga Rumah Skylab dan Rumah Soyuz mendapat tempat keempat. Bagi acara perbarisan, Rumah Soyuz berjaya dianugerahkan tempat pertama.Saudara Lukman Hakim bin Rahmat (Apollo) dan saudari Nur Azzuwa Liana bt. Zainal (Cosmos) masing-masing diumumkan sebagai olahragawan dan olahragawati Kejohanan Sukan Tahunan bagi tahun 2019.

#klik di sini untuk gambar yang lebih menarik