User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

22 Mac 2019 – Mesyuarat Agung PIBG SEMSAS kali ke-42 telah diadakan bermula pada jam 9:00 pagi di Dewan Al Khawarizmi. Mesyuarat ini merupakan agenda tahunan sekolah bagi memilih barisan kepimpinan baru Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi sesi 2019/2021. Organisasi ini merupakan badan sokongan utama sekolah dalam merangka agenda-agenda bagi merealisasikan kecemerlangan murid dalam bidang kurikulum dan juga kokurikulum. Tn Hj Azman bin Taher kekal menerajui tampuk kepimpinan Persatuan Ibu bapa dan Guru SEMSAS bagi sesi 2019/2021.Tahniah diucapkan kepada barisan Ahli Jawatankuasa PIBG SEMSAS yang baharu. Semoga kecemerlangan dan kegemilangan SEMSAS dapat terus dikekalkan.

klik di sini untuk gambar sekitar majlis

 

Go to top