User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Sabtu 19 Mei 2019 bersamaan 13 Ramadan 1440H, Majlis Iftar Jamaie dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri telah berlangsung di SEMSAS.

Majlis bermula sekitar jam 5.30 petang dengan pengisian Tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh profesor Maseri. Seterusnya, ucapan daripada puan pengetua, YDP PIBG dan Presiden EXSAS. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sumbangan EXSAS kepada 71 pelajar SEMSAS yang terpilih.

Setelah  berbuka puasa (air dan kurma) solat Maghrib berjemaah ditunaikan. Majlis diteruskan lagi dengan Jamuan Berbuka Puasa Perdana di Dewan Sri Pahang.

Selepas itu, solat Isyak, terawikh dan witir berjemaah ditunaikan dan program diakhiri dengan jamuan moreh.

Semoga dengan adanya program seperti ini dapat membuka peluang untuk warga SEMSAS  berbuka puasa bersama-sama pada bulan Ramadan ini serta dapat merapatkan ukhuwah antara ajk PIBG, EXSAS, guru dan akp serta keluarga.

Klik di sini untuk gambar sekitar majlis

https://www.facebook.com/semsasofficial/

#hidupberjasa

Go to top