User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Pada 27 Jun 2019, SEMSAS telah didatangi seramai 34 orang Pegawai Sektor Akademik dari Pejabat Pelajaran Daerah Gombak yang diketuai oleh Ketua Pegawai Pelajaran Daerah iaitu Encik Sajoli bin Masdor.

Penandaarasan amalan terbaik ini adalah satu wadah pertemuan yang diharapkan menjadi medan perkongsian di antara pihak sekolah dan pejabat pelajaran bagi meransang penjanaan idea, cetusan kreativiti dan menggerakkan kedua – dua pihak untuk mengenali potensi murid.

Perkongsian Amalan Terbaik – Potensi murid melalui data peperiksaan ini di bentangkan oleh Ustaz Mohmad Rozeli bin Yahya. Beliau mencipta dan menggunakan templat di dalam perisian Microsoft Excell ini bagi melihat tahap kemampuan pelajar. Templat data ini boleh diiktiraf sebagai amalan terbaik dan seterusnya boleh dicontohi.

Melalui amalan terbaik yang dilaksanakan, guru bukan sahaja beroleh manfaat melaluinya, tetapi juga dapat menyemai budaya belajar yang tinggi dikalangan anak murid. Semoga perkongsian amalan terbaik yang dilaksanakan akan menjadi lebih bermakna dan bermanfaat bagi kedua – dua pihak.

klik di sini untuk gambar sekitar majlis

Go to top