User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Majlis Penyerahan Tugas Jawatankuasa Induk Badan Pengawas 2019 dan Pelantikan Pengawas Percubaan Sesi 2019/2020 Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahamd Shah,Kuantan telah berlangsung pada 23 Ogos 2019  (Jumaat) di Dewan Al Khawarizmi.

Seramai 92 orang pemimpin yang terdiri daripada jawatankuasa Induk Badan Pengawas dan Pengawas Percubaan sekolah menerima lantikan masing-masing.

Abdul Hadi bin Abdul Hasmali selaku Ketua Murid Lelaki sesi 2019 telah menyerahkan tugas beliau kepada Muhammad Muadz bin Mazlan manakala Wan Nur Aisyah bt. Wan Ramli selaku Ketua Murid Perempuan telah menyerahkan tugas beliau kepada Juwita Aishah bt.Ismail.

Akmal Nurhaziq bin Adnan selaku Ketua Rumah Apollo menyerahkan tugas kepada  Muhammad Hafiz bin Mohd Ghazali. Muhammad Darwisy Selamat bin Mohd Rozaini Ketua Rumah Soyuz menyerahkan tugas kepada Muhammad Syahin Danish bin Syahlizan, Mohamad Khairul Fahimi bin Mohd Fadzli Ketua Rumah Cosmos menyerahkan tugas kepada Syed Ahmad Haidar bin Syed Ali Maher serta Muhammad Adlan bin Ismail Halimi Ketua Rumah Skylab menyerahkan tugas beliau kepada Muhammad Zahin Eifwat bin Mohd Rosli.

Semoga kesemua barisan pengawas percubaan sesi 2019/2020 dapat menjalankan amanah dengan penuh integriti dan berhemah demi memartabatkan dan menjulang SEMSAS di persada dunia!

#Hidupberjasa

#klik di sini untuk gambar sekitar majlis

Go to top