User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Tarikh: 20 November 2019
Masa: 11.00 hingga 1.00 petang
Tempat: Bilik Gerakan
Program Anakku Sayang merupakan sebuah Program Anak Angkat antara Bekas Pelajar SEMSAS (EXSAS) dengan pelajar SEMSAS yang terpilih.Seramai 5 orang  pelajar tingkatan 1 hingga 4 yang terlibat dalam program ini. Program ini telah dirasmikan  oleh Presiden EXSAS iaitu Dato' Hj Azhar bin Hj Anuar. Program ini juga turut dihadiri oleh ibu bapa dan keluarga angkat pelajar yang terpilih dan beberapa bekas pelajar SEMSAS (EXSAS). Objektif program ini ditubuhkan adalah untuk merapatkan silaturahim sesama pelajar dan keluarga angkat .Hal ini juga dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Jutaan terima kasih diucapkan kepada warga EXSAS kerana sudi memberi bantuan kepada pelajar SEMSAS. Semoga program ini dapat memberikan pendedahan tentang pentingnya program berkonsepkan kebajikan dan kemasyarakatan bagi mewujudkan hubungan yang baik dan interaksi sosial antara pelajar dengan keluarga angkat.

Klik di sini untuk gambar sepanjang program

Go to top