Print

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

18 Januari 2020 : Acara merentas desa peringkat sekolah telah dijalankan dengan penglibatan semua murid tingkatan 1 hingga 5. Merentas Desa merupakan satu acara wajib dijalankan di sekolah. Merentas desa ini merupakan acara tahunan di SEMSAS malahan merupakan sukan yang amat mudah dan boleh disertai oleh semua murid. Ia juga memberikan peluang kepada murid-murid untuk terlibat dalam sukan semasa hayat mereka di bangku persekolahan.

Keputusan rasmi: Johan Merentas desa edisi tahun 2020 telah dimenangi oleh pasukan Cosmos dengan pungutan mata 339, sementara itu Naib Johan disandang oleh pasukan Apollo (295 mata), tempat ke-3 pasukan Skylab (288 mata) dan pasukan Soyuz ditempat terakhir (229 mata).

Tahniah kepada semua ahli rumah dan guru-guru penasihat atas komitmen yang diberikan sepanjang kejohanan ini berlangsung.

 

Sila klik DI SINI untuk melihat gambar-gambar seterusnya