S

ebuah perisai melambangkan ilmu sebagai pelindung kukuh yang mesti dikejar oleh setiap individu. Jika seseorang itu berilmu ia boleh HIDUP BERJASA.

E

tika kerja mestilah berlandaskan kepada keluhuran hati berteraskan iman dan takwa bagi menjamin prestasi yang bermutu tinggi, bersih, sikap dan amanah; ini dilambangkan oleh warna putih yang terdapat di dalam logo.

M

engutamakan pelajaran Sains, Matematik dan Teknikal di samping pelajaran-pelajaran yang lain; ini dilambangkan oleh mikroskop, dua bulatan dan sebuah kelalang. Dengan itu baharulah seseorang itu dapat mengejar kemajuan seperti yang dilambangkan oleh pusingan roda.

S

entiasa mendukung prinsip-prinsip Rukunegara; ini dilambangkan oleh warna kuning iaitu kedaulatan raja dan negara. Sentiasa bergerak maju dan cergas seperti yang dilambangkan oleh atom.

A

khlak yang murni adalah teras dalam setiap individu yang mesti dihayati bagi penilaian ilmu yang dimiliki untuk melahirkan kebahagiaan dan kedamaian di dunia dan akhirat

S

entiasa mengkaji menyelidik dan menyebarkan ilmu yang diperolehi kepada masyarakat untuk negara, bangsa dan agama

 

Go to top