Kami, warga SEMSAS, dengan penuh tekad dan iltizam, berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh usaha dan tenaga kami untuk:
- Memberikan pendidikan berkualiti kepada setiap murid mengikut jadual waktu yang ditetapkan
- Memastikan suasana yang selamat dan kondusif
- Memastikan tahap profesionalisme guru dan staf sokongan sentiasa ditingkatkan melalui latihan dan bimbingan secara berterusan
- Memberi layanan mesra dan perkhidmatan yang terbaik semasa berurusan dengan ibubapa dan komuniti pada setiap masa
- Sentiasa bekerjasama dan mengadakan perkongsian pintar dengan komuniti setempat dan agensi luar